Posted by : أمير الشفيق Saturday, September 15, 2012


Perjalanan destinasiku bermula seawal jam 7.00 pagi... Suasana yang nyaman dan sejuk mula ku rasai apabila melangkah keluar dari hotel. Keadaan di sini umpama sudah jam 8.00 pagi di semenanjung...


Kami menikmati sarapan pagi di Restoran Puma Sera di Persiaran Kabor. Restoran ini menyediakan makanan dari negara Malaysia dan Indonesia. 


Kami meneruskan perjalanan menuju bumi Brunei. Negara yang dilimpahi kekayaan nikmat minyak dan negara islam yang pesat membangun. 


Alangkah indahnya pandangan di bumi Brunei, papan-papan iklan yang dipenuhi dengan tulisan jawi yang menghiasi mata memandang. Begitu gahnya tulisan jawi di sini...


Loji-loji minyak berada di sekitar jalan. Begitu banyak limpahan rezeki minyak di bumi ini. 


Seterusnya, kami menuju The Empire Hotel and Country Club untuk melihat sendiri suasana sebuah hotel yang begitu menganggumkan dari segi binaannya dan kemewahan perabotnya



Tak lengkap perjalanan di Brunei jika tidak melihat sendiri keindahan Masjid Omar Ali Saifuddin dengan keseriaan kubahnya yang bersinar apabila diterangi cahaya matahari.





Terasa syahdu di hati ketika diizinkan oleh Allah untuk menunaikan solat di masjid ini. Seterusnya, kami melawat Perpustakaan, Bangunan Alat Kebesaran Diraja, dan Istana Nurul Iman


Di hadapan Bangunan Alat Kebesaran Diraja

Bergambar di hadapan Istana Nurul Iman


Malam mula menampakkan dirinya... tanpa kami sedari, sudah seharian kami berjalan-jalan di bumi Brunei. Destinasi terakhir kami adalah menuju ke Masjid Hassanil Bolkiah.

Model album nasyid nie... :)


Hebatnya, tempat wudhuk menggunakan sensor...

Keindahannya di kala malam... Subhanallah

Selesai solat, kami menuju pulang ke negara tercinta kami, Malaysia.. Bak kata peribahasa melayu, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Maksudnya sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain...

Penat juga berjalan nie, perut pun kena isi le pulak..
Malam nie, kami pekena nasi lalapan di Muara Restoran.


Brunei telah ku takluki, menanti saat-saat menuju destinasi anak bangsa di sini... SK Kuala Tutoh, Baram bakal ku temui. Akan ku lakarkan dalam mimpiku sebuah kawasan yang indah dan hebat sebelum berada di dunia nyata...

CaTaTanKu

ChaT BoX

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -