Posted by : أمير الشفيق Sunday, September 16, 2012



Kami memulakan perjalanan kami menuju Pekan Marudi seawal pagi kerana perjalanan kami masih jauh dan perlu menempuhi jalan yang digambarkan sukar.


Terima kasih Minda Guesthouse, Miri kerana memberikan kami satu kepuasan berehat untuk meneruskan perjalanan kami melihat anak bangsa di bumi Kenyalang ini.





Inilah perjalanan yang ditempuhi oleh kami dari Miri ke Pekan Marudi. Terpaksa melalui jalan denai yang bengkang-bengkok, tanah lecah serta tayar kereta tersangkut di dalam lecah tanah merah. Perjalanan ini mengambil masa hampir 2 jam.



Saya cukup tertarik dengan penggunaan tongkang untuk merentasi jalan yang terganggu kerana sebatang sungai. Ianya menjadi satu kewajipan untuk sampai ke Pekan Marudi dengan menaiki tongkang ini.





Kami berjalan-jalan sekitar Pekan Marudi terlebih dahulu sambil membeli barang-barang keperluan sebelum menuju ke kawasan sekolah.


Tak lengkap perjalanan ke sini kalau tak pekena minum teh tarik 3 lapis sarawak. Memang sempoi le...



Perjalanan kami diteruskan lagi dengan menaiki Tuto Express merentasi sungai Baram.


Sekali terpandang papan board nie le pulak "Berhati-hati, Ada Buaya", macam-macam fikiran mula timbul. Perasaan risau dan takut mula menyelubungi diri.



Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam menaiki bot Ekspress. Oleh kerana terlalu bosan berada di dalam bot, kami mengambil peluang berada di luar bot untuk melihat suasana dan pemandangan sepanjang perjalanan merentasi Sungai Baram.



Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh murid-murid di sini dan juga dari pihak pentadbiran sekolah.



Inilah sumber air utama buat guru-guru dan masyarakat kampung di sini. Mereka menadah takungan air hujan untuk dijadikan sumber air untuk diminum dan untuk keperluan asas.



Berada di SK Kuala Tutoh ini mengajar kami erti kesabaran, kami hanya boleh mendapatkan talian komunikasi di satu kawasan khas sahaja. Untuk mendapatkan talian komunikasi, kami perlu meletakkan telefon di dalam botol yang telah disediakan sahaja.


Penat juga mengharungi perjalanan dari Pekan Miri menuju Pekan Marudi kemudiannya sampai ke perkampungan Kuala Tutoh. Semoga perjalanan ini mengajarku satu erti pengorbanan sebelum menjadi seorang guru.

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -