Posted by : أمير الشفيق Friday, September 14, 2012


Detik 1 Mac 2012 menjadi satu lagi kenangan terindah dalam hidupku. Buat pertama kalinya akan ku terbang di udara ke bumi kenyalang. Demi misi mencari pengalaman di sekolah pedalaman. Inginku buktikan pada nusa dan bangsa...

Aku bersama rakan2 ku...
Menjejakkan kaki di bumi LCCT, KL
Bermalam bersama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak di LCCT

Seawal dingin pagi 2 Mac, kami bertolak dari LCCT menuju Miri. Kami selamat tiba di Miri seperti dirancang. Diri ini terasa seperti sedang bermimpi apabila melihat suasana dunia dari kaca mata sebuah kapal terbang. Indahnya dunia kurniaan Illahi...

 Miri, kini kakiku telah menjejakkan kaki di sini
 Kami bersarapan pagi di Marrybrown sebelum memulakan perjalanan
Kami disambut mesra oleh Ustaz Mohd Zaini Md Zain, bekas murabbi kami di IPDA sebelum ini yang kini menjadi pensyarah di IPG Sarawak
Ustaz juga sempat membawa kami bersiar-siar di Luak Esplanade dengan menaiki kereta ini. :)

Menunaikan solat Jumaat di IPG Sarawak dan bertemu dengan sahabat2 seperjuangan di sana

Hari pertama di Sarawak terasa seperti sudah berada bertahun-tahun di sini.  Aku mula mengenali kota Miri yang hanyaku kenali sebagai tempat pengeluaran minyak.

  Pekena nasi kat SRS Seafood 
Makan2 sambil berborak-borak
Melawat The Grand Old Lady dan melihat pemandangan kota Miri

Terima kasih kota Miri atas layanan yang baik terhadap kami... 
Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman"



CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -