Posted by : أمير الشفيق Saturday, May 13, 2017

Image may contain: ‎‎2 people, ‎including ‎امير الشفيق‎‎‎, people smiling, people sitting‎

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS KUMPULAN KERJASAMA SJKC SJKT 
(Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul)

Tarikh : 13 Mei 2017
Tempat : Dewan SJKC Lai Chee

**Mohon perhatian
Para hadirin yang dimuliakan. Berikut merupakan tentatif perjalanan majlis kita pada hari ini (TENTATIF)

Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diminta agar memastikan telefon bimbit anda berada dalam mod senyap serta meminta kerjasama para hadirin agar bersama-sama dengan kami sehingga penghujung majlis ini.

Mohon pemilik kenderaan berdaftar _______ untuk mengalihkan kenderaan anda kerana menganggu kelancaran laluan. Terima kasih. 

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan mengambil tempat.


Anak helang mencari makan,
Anak merbah menyanyi menari;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga hadirin selesa di sini. 

Salam perpaduan, salam kumpulan kerjasama, serta salam 1 Malaysia. Bagi pihak Jawatankuasa Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Kumpulan Kerjasama, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan, puan-puan, dan saudara-saudari ke Dewan SJKC Lai Chee yang serba indah ini. Huan Ying, Vanakam, Selamat Datang. Semoga kehadiran anda semua pada hari ini bakal memeriahkan lagi majlis ini serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama kita.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Yap Hai See, Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Lai Chee diiringi Puan Tan Siew Hong, Guru Besar SJKC Lai Chee, barisan guru-guru besar kumpulan kerjasama, penolong-penolong kanan, Pn Chee Hui Li, YDP PIBG, guru-guru pengiring serta peserta-peserta dan tidak ketinggalan juga tetamu diminta masuk ke dewan. 
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.


Semua hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan. 
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang berbahagia Encik Yap Hai See, Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Lai Chee. Yang berusaha Puan Tan Siew Hong, Guru Besar SJKC Lai Chee. Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul. Yang dikasihi barisan hakim Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Kumpulan Kerjasama tahun 2017. Yang saya hormati barisan guru-guru besar, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Lai Chee serta AJKnya, Barisan guru Penolong Kanan, Guru-guru pengiring, pengawas pertandingan ujian bertulis, Guru-guru, ibu bapa, para peserta pertandingan, murid-murid serta Hadirin yang dimuliakan

Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan
Sebagai pembuka tirai majlis pertandingan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Tan Siew Hong, Guru Besar SJKC Lai Chee selaku tuan rumah untuk menyampaikan sepatah dua kata ucapan kata alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Tan Siew Hong atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 

Para hadirin yang dihormati, Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi menggalakkan murid-murid SJKC dan SJKT menguasai serta mempertingkatkan penggunaan Bahasa Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan murid-murid SJKC dan SJKT bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tambahan lagi, pertandingan ini juga adalah bertujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta menanam semangat cintai Bahasa Malaysia.
Untuk menambahkan kemeriahan majlis kita pada pagi ini, Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Lai Chee, Encik Yap Hai See untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Peringkat Kumpulan Kerjasama bagi tahun 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Yap Hai See selaku Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Lai Chee atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada para peserta dan hadirin sekalian untuk menjamu selera. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia ini akan disambung kembali pada pukul 8.45 pagi. Oleh itu, para peserta pertandingan dan hadirin sekalian diminta untuk berada di dalam dewan tepat jam 8.45 pagi. Para tetamu kehormat dijemput ke kantin lama manakala pelajar ke kantin baru bersama guru pengiring untuk menjamu selera.



Sukacita dimaklumkan acara pertandingan akan bermula sebentar lagi. Semua peserta dan hadirin diminta berada di dalam dewan.

Majlis diteruskan dengan penyerahan kertas soalan Ujian Bertulis. Oleh itu, majlis berbesar hati menjemput En Yap Hai See, Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Lai Chee untuk mengiringi Pn Tan Siew Hong, Guru Besar SJKC Lai Chee untuk menyerahkan kertas soalan kepada Pn Letchumy, Guru Besar SJKT Sentul selaku Naib Pengerusi Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Kumpulan Kerjasama tahun 2017. 

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Letchumy, Guru Besar SJKT Sentul. Majlis menjemput Pn. Tan Siew Hong, Guru Besar SJKC Lai Chee untuk memberikan cenderahati kenag-kenangan kepada En Yap Hai See, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah.

Terima kasih diucapkan. Dengan ini, semua peserta pertandingan Ujian Bertulis diminta naik ke tingkat tiga.



Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan empat orang panel hakim pertandingan. Puan Halijah Binti Haroon dari SK Convent selaku ketua hakim pertandingan syarahan pada hari ini. Seterusnya Puan Noriah binti Awang dari SK Batu 4 (2) Jalan Ipoh, Puan Rozzalita binti Abdullah dari SK Convent 1 Bukit Nanas dan En Wan Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah dari Unit Pengurusan Akademik PPW Sentul.

Seterusnya, saya akan menerangkan peraturan-peraturan pertandingan pada hari ini.
Buat makluman para peserta, anda dikehendaki naik ke pentas mengikut tangga kanan. 

Kini tibalah masa mendengar syarahan pertama dengan tajuk _________ oleh peserta______

Tibalah masanya mendengar hujah-hujah dari peserta ______ dengan tajuknya

Peserta ketiga pula membawa tajuk ___, dipersalakan _____ untuk menyampaikan syarahannya.

Seterusnya, dipersilakan peserta keempat_____ dengan tajuk ____

Dijemput peserta kelima __________________ dengan tajuk syarahan _____________________

Dengan berakhirnya persembahan peserta ke-28 itu tadi, tamatlah sudah pertandingan syarahan pada hari ini. Debaran kian terasa. Untuk makluman hadirin sekalian hanya 5 orang peserta akan dipilih untuk ke pertandingan syarahan spontan bahagian ke-2 sebentar lagi. Kita berikan sedikit ruang masa kepada panel hakim untuk mengira markah.

Sekarang keputusan sudah berada di tangan saya. Lima orang peserta yang layak ialah 
Peserta pertama____________________
Peserta kedua_________________________
Peserta ketiga____________________________
Peserta keempat___________________________
Peserta kelima___________________________

Diminta kelima-lima peserta yang telah dipanggil nama untuk datang ke meja pengacara majlis untuk mencabut undian bagi syarahan spontan. Diingatkan kepada para peserta, masa persediaan akan diberi selama 1 minit dan peserta akan diberi masa selama tiga minit. 

Loceng sekali akan dibunyikan untuk memaklumkan peserta mempunyai seminit sahaja lagi sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah masa tamat.

Dipersilakan peserta pertama yang akan membuat persembahan dengan tajuk _____________________________ 
Seterusnya dijemput peserta kedua dengan tajuk _____________________
Dipersilakan peserta ketiga yang membawa tajuk ____
Saya persilakan peserta keempat dengan tajuknya ___
Peserta kelima pula akan membawa tajuk ____ 
Selesailah sudah syarahan spontan daripada kelima-lima peserta. 

Sebelum kita meneruskan kepada acara kemuncak iaitu majlis penyampaian hadiah, eloklah rasanya kita menjemput dahulu ketua hakim bagi membuat ulasan tentang mutu persembahan para peserta syarahan kita pada hari ini. Dengan ini saya menjemput Puan Halijah Binti Haroon selaku Ketua Hakim untuk membuat ulasan.
Dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Pn.Halijah Bt Haroon atas ucapan dan ulasan sebentar tadi.

Kini tibalah detik yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman rasmi keputusan Pertandingan Ujian Bertulis dan Pertandingan Syarahan. Keputusan sudah berada di tangan kami. 
Dengan ini saya menjemput dan mempersilakan Guru Besar SJKC Lai Chee, Puan Tan Siew Hong untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan guru pengiring Sekolah ___________________ bagi menerima sijil penyertaan.

Keputusan Pertandingan Ujian Bertulis
Tempat ketiga dimenangi oleh __________ 

Seterusnya, bagi pertandingan syarahan
Tempat ketiga dimenangi oleh _____________ dengan tajuknya

Majlis dengan sukacitanya memaklumkan bahawa SJK _____ telah dipilih sebagai johan keseluruhan pertandingan syarahan dan ujian bertulis bahasa Malaysia kumpulan kerjasama bagi tahun 2017. Tahniah diucapkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis pertandingan ini dari awal hingga akhir majlis. Tanpa sokongan anda semua, majlis ini mungkin tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan.
Majlis mohon mengundur diri.

Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata, xie xie (syeh-syeh), Nandri, terima kasih.

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -