Posted by : أمير الشفيق Thursday, November 19, 2020


Sedikit perkongsian dikongsi saya bersama rakan2 guru cara menggunakan #microsoftexcell atau #GoogleSheets untuk merekod tugasan murid sepanjang PKPB. Saya hasilkan satu sheet untuk satu minggu dari isnin hingga jumaat.


Boleh make a copy sheets saya nie di bit.ly/analisapkpb, dan boleh olah ikut kesesuaian cikgu tau.

***Macam mana nak make a copy ye cikgu, mcm nie...
1. Klik File di atas kiri
2. Make a copy untuk versi online. Nanti akan ada "Copy of REKOD DAN ANALISIS MURID" di MyDrive cikgu
3. Kalau nak offline, cikgu klik Download sebagai Microsoft Excel ye.. Nanti kena olah sendiri ye..



Untuk memudahkan guru klik sahaja, saya menggunakan #datavalidation.
Di atas, cari item *Data* kemudian pilih *Data Validation*

(DATA VALIDATION)

1.1 Penggunaan Kalendar
Ini akan memudahkan guru menukar kalendar tanpa menaip hari, bulan dan tahun lagi.


(Kalendar tanpa perlu taip, hanya pilih tarikh)


Selepas klik *Data Validation*. Di criteria, pilih "date". Kemudian taip format tarikh yang cikgu nak, contoh 18/11/2020.

(Pilih DATE ye di criteria)


*** JIKA INI BERLAKU KEPADA CIKGU (MONTH,DATE,YEAR)
(Sepatutnya jadi 2 januari 2020, tapi jadi 1/2/2020)

Ini tutorial untuk ubah format date ke (day, month, year)

(Klik Format : Number : More Format : Custom number format)

(Asal dia m/d/yyy, tukarkan ke d/m/yyy)



1.2 Klik '/' atau 'X' atau 'Ya' atau 'Tidak' atau 'Hantar' atau 'Belum Hantar'
(Hanya klik "Ya,Tidak", "X,/" atau "Hantar,Belum Hantar")

Di criteria, klik "list of items". Kemudian masukkan simbol */, X*, *Ya, Tidak*. Guru juga boleh meletakkan *Hantar, Belum Hantar*.

(LIST OF ITEMS - Pilih apa yang cikgu nak letak sebagai list)



1.3 Bagi memudahkan visual bacaan data, kita boleh meletakkan warna. Contoh murid yang dah hantar, letakkan warna hijau dan merah untuk yang belum menghantar. Macam mana nak buat, senang je cikgu2.
(Penggunaan warna untuk membezakan perwakilan data)

Cara saya, saya akan right klik sahaja, kemudian scrool ke bawah sikit cari "Conditional formatting"
(Pastikan right klik dulu ye, pastu klik Conditional formatting)
Atau boleh cari item "Format" yang berada di atas, klik conditional formatting.

(Cari Format di atas, kemudian pilih Conditional formatting)

Akan keluar nanti di sebelah kanan kita iaitu conditional format rules. Di bahagian "Apply to range" ini pastikan kita memilih kotak yang kita nak, contoh saya nak dari E6 hingga E15 (E6:E15)
1. Klik kotak
2. Select kotak yang kita nak letak format warna tu

(Pastikan dahulu kotak lajur dan baris yang kita nak letak yee)

Pergi ke "Format rules"
1. Di Format cells if, cari 'Is equal to' atau 'Text contains'
2. Contoh mcm gambar, saya hanya taip '/' di value of formula.
3. Di bawah ada formatting style, saya fill colour warna hijau. Akhir sekali klik DONE.

(Tetapan di Format rules)

Nak tambah lagi, klik +Add another rule. Masukkan pulak "X" untuk warna merah.
(Klik '+Add another rule' untuk tambah lagi di bawah)


1.4 Untuk Analisa bilangan murid yang menghantar tugasan atau belum, guru tidak perlu lagi mengira satu persatu. Gunakan formula countif, sistem akan kira berdasarkan apa yang kita dah set di "criteration". Contoh, saya letakkan YA, maka secara automatik akan kira YA sahaja. Kalau selain itu, tak akan dihitung.
Gunakan formula COUNTIF
=COUNTIF(range, "criteration")

Contoh, saya nak kira BILANGAN YANG MENGHANTAR TUGASAN pada PDPR 1 (ISNIN) bertarikh 16/11/2020. Murid yang saya masukkan contoh diatas hanya 10 murid sahaja. Kalau cikgu ramai murid lagi, perlu insert kotak lagi ke bawah.

=COUNTIF 1. Taip di kotak E17 (Kotak yang kita nak kira bilangan murid) =COUNTIF

(Taipkan '=countif')

range E6:E15
2. Selepas itu, cikgu tengok lajur (di atas bermula huruf) - contoh E
3. Tengok baris (saya nak dari baris 6 sampai baris 15)
***nak mudah, cikgu select je

(Pilih lajur dan baris yang kita nak kira (E6:E15))

,
4. Dah dapat range, taip koma (,)

"criteration" nie apa yang akan dibaca oleh sistem, kita leh setkan dia
5. Taip pembuka kata ("), masukkan criteration yang cikgu nak. Contoh nak "YA" "TIDAK" "/" "X" "DIHANTAR" "TIDAK DIHANTAR"

Contoh saya nak kira bilangan 'TIDAK'.
Pastikan ikut formula asas nie =COUNTIF(range, "criteration" ) *** =COUNTIF(E6:E15, "TIDAK")

(Formula countif untuk mengira bilangan Ya, Tidak secara automatik)

Harap penulisan ini membantu guru2 untuk perekodan anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ada persoalan boleh tanya, insyaallah saya bantu yang mampu

2 Responses so far.

  1. Assalamualaikum..excell ni blh buat utk kehadiran pdpr kan..cumanya bagaimana sy nak share upaya setiap guru blh isi excell ni dan hantar blk pd saya. Tq.

  2. Cikgu Zue says:

    TQ cikgu atas perkongsian....sya share yer.....😊

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -