MPSPM BAKAL TERKUBUR???


Maaf ini coretan saya, andai tersinggung maafkan saya. Tahukah kawan2, esok genap usia kita 1 tahun 11 bulan. Masa yang berlalu seolah terasa seperti semalam kita bertemu. Pertemuan yang menyaksikan satu agenda transformasi dalam dunia pendidikan bakal berubah. Pemimpin muda bakal pencorak anak bangsa berhimpun menghasilkan resolusi terbaik buat tatapan generasi mendatang. Puas digarap idea, kudrat dan wang ringgit semata-mata memastikan dunia perguruan mendatang dimartabatkan. 

Kini, ku telah melangkah di dunia perguruan. Melihat sendiri cabaran bergelar "guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir"'. Ku baru mengenal betapa peritnya bergelar pendidik. Saban hari, media massa hanya bercerita betapa jijiknya seorang guru itu. Hanya tahu makan gaji, goyang kaki dan berborak kosong di meja guru dan memukul budak sahaja. Inikah realitinya?

IPG yang bakal melatih para guru juga bakal berkurangan di bumi tercinta ini. Tempat ku mengenali erti menjadi seorang guru, kini bakal menjadi lipatan sejarah. Keistimewaan Siswa Pendidik IPG mulai terhakis sedikit demi sedikit. Adakah kita terlalu lemah? Benarkah kita lepasan IPG sudah bersedia mengerah keringat, menyemai ilmu-ilmu di dunia pendidikan Abad 21 kini? Ke manakah sinar permata yang telah dihasilkan sepanjang di IPG?

Kawan2ku di mana semangat kita semua semasa Konvensyen Kepimpinan pada 5 April 2015 di Akademi Kenegaraan? Semangat bagi memastikan kelangsungan siswa pendidik IPGM. Adakah kalian sudah lupa atau terlena di bilik yang serba.... Adakah sudah sirna semangat yang dilaungkan suatu ketika dahulu? Apakah sudah reput pucuk jati diri yang dibaja sepanjang menjadi siswa pendidik bertahun-tahun lamanya?

Ayuh barisan YDP IPG kini, perkasakan siswa pendidik IPGM seluruh negara mengikut saluran yang betul. Sudah tiba masanya siswa pendidik IPG seluruh Malaysia bergerak dalam satu perwakilan peringkat nasional, bukan lagi perwakilan di peringkat IPG kampus masing-masing sahaja seperti sekarang.

Walaupun kini aku bukan lagi seorang pelajar. Kami perlu terus belajar dari insan-insan hebat yang pernah mencorakkan kami. Kerana kami bakal mencorak generasi cucu-cicit masa hadapan kalian.

Demi masa depan generasi Malaysia seterusnya, demi masa depan nusa dan bangsa, demi masa depan Malaysia tanah tumpah darah tercinta, ayuh kita curahkan idea, kongsikan aspirasi. Kita sertai gelombang #TN50. Ayuh!

#transformasinasional #transformasijppipgm #transformasiduniapendidikan #jpp #ipgm #mppipgm #mpspm #majlisperundingansiswapendidikipgm


(Penulis merupakan bekas JPP IPGM Zon Utara dan kini telah berkhidmat di sekolah)
Saturday, March 4, 2017
Posted by أمير الشفيق

Gambar Kenangan JPP IPG Darulaman

Gambar bersama barisan JPP sesi 2012/2013 selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan 

Barisan JPP sesi 2014/2015 bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan KJ HEP IPG Darulaman

Barisan JPP 2014/2015 selepas Majlis Anugerah Pengarah 

Kepimpinan YDP-YDP IPG Darulaman (Kiri-YDP 2014, Tengah-YDP 2012&2013, Kanan-YDP 2015)
Saturday, February 25, 2017
Posted by أمير الشفيق
Tag :

Nasihat buat Diri Sendiri





 

Tuesday, February 7, 2017
Posted by أمير الشفيق

Alumni SMKPP


🎓 Alumni Smk Permatang Pasir 🎓

😘😘 Jom kongsikan gambar2 kenangan anda sepanjang anda di SMKPP... Kami di pihak AJK Persatuan Alumni SMKPP mengharapkan penglibatan anda semua.
Jom bersama kami di :

1. Page Rasmi Alumni SMKPP
👍 https://www.facebook.com/alumnismkpermatangpasir/

2.Group Whatsapp
💌 https://chat.whatsapp.com/5l5LkjVaknqL2bPnyLUENH

3. Telegram Alumni
📱https://telegram.me/joinchat/BwObQQPg850uK2kIwq0zBA

4. Isi maklumat anda di sini
🛃 https://docs.google.com/…/1FAIpQLSd6SfWo0GlsrRGUUA…/viewform

Jom kita meriahkan alumni kita dengan ber'hashtag' dengan #smkppdihatiku #alumnismkpp #smkpp










Posted by أمير الشفيق

Kem Anak Soleh Siri 2

Kem Anak Soleh Siri 2
2 Disember - 4 Disember 2016
Kem KAMC, Titi Hayun, Yan, Kedah
Anjuran : RIZQ Consultant











Tuesday, December 6, 2016
Posted by أمير الشفيق

Penghayatan Asmaulhusna untuk Pendidik


Sunday, September 18, 2016
Posted by أمير الشفيق

Perjalananku bermula



Monday, August 15, 2016
Posted by أمير الشفيق

#SUPPORTBROTHERHOOD



Saturday, August 13, 2016
Posted by أمير الشفيق

REUNION ASPURA SMKPP - BBQ










 

Sunday, July 24, 2016
Posted by أمير الشفيق

REUNION SMKPP 1992 - Berbuka di Steamboat
































Sunday, July 3, 2016
Posted by أمير الشفيق

CaTaTanKu

ChaT BoX

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -