Posted by : AMIRUL Tuesday, January 25, 2022

 


Tahukah Anda Daftar Haji Boleh Guna KWSP Tanpa Perlu Deposit RM1,300?😱


Hari ni saya nak share cara nak daftar haji menggunakan KWSP. Cara ni sangat sesuai untuk adik-adik yang baru mula kerja, students yang masih belajar, dan yang masih belum ada cash RM1300 dalam akaun tabung haji.


Syarat-syaratnya :

1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.

2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300

3. Belum mencapai umur 55 tahun.


Cara-caranya:

1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.

2. Kemudian pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil ye. 

3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.

4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.


haaa, semudah ABC kan? 😍

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -