Posted by : أمير الشفيق Friday, December 4, 2020

 


Aplikasi quizizz.com ini sangat sesuai untuk murid menjawab soalan kuiz atau latihan ulangkaji serentak pada satu masa. Sama macam kita menjawab ujian/peperiksaan serentak.. :)

Cara-caranya :
1. Buka aplikasi ini quizizz.com
2. Daftar (sign up) dulu. Daftar e-mel, nama pengguna (user name), kata laluan (password)
3. Kemudian, login quizizz menggunakan e-mel dan kata laluan
4. Guru boleh mencari kuiz sedia ada di search for quizzes atau membina sendiri kuiz


5. Untuk kuiz sedia ada, guru perlu klik kepada quizz yang cikgu nak, kemudian klik play live
6. Manakala, kuiz dibuat guru, klik sehingga Finish
7. Salin semula (copy) code dan berikan kepada pelajar
8. Pastikan murid membuka link berikut : http://join.quizizz.com
9. Masukkan 6 code berdasarkan kuiz yang ingin diberikan (langkah 5 dan 6)  
contoh : 086372
10. Selepas itu, minta murid mengisi nama mereka
11. Pastikan semua murid menyertai kuiz ini, maka guru boleh memulakan kuiz dengan menekan butang start

SELAMAT MENCUBA!!😘👍🏻

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -