Posted by : أمير الشفيق Tuesday, November 9, 2010

UPSR


UPSR, PMR, SPM merupakan salah satu peperiksaan yang penting buat anak-anak Malaysia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu PMR dimansuhkan,  lalu akan timbul pendapat yang pro dan kontra mengenainya, bukan sahaja dalam isu ini, tidak kira apa isu pun sudah pasti ada pandangan yang saling berlawanan, cuma yang bezanya ialah hujah siapa yang kuat.
Semua orang akui bahawa peperiksaan diwujudkan untuk menilai prestasi seseorang murid selama dia belajar. Setiap guru akan menekankan bahawa peperiksaan sangat penting dalam menentukan hala tuju murid itu. Ada yang berpendapat bahawa pelajar di Malaysia lebih berorientasikan peperiksaan. Di mana silapnya? Guru atau murid?
Namun apa yang saya dapat simpulkan bahawa murid-murid ditekankan agar belajar rajin supaya lulus ujian. Di situ jelaslah bahawa tujuan belajar ialah lulus ujian semata-mata. Ini amat bertentangan dengan tuntutan islam di mana agama islam menekankan bahawa segala yang dilakukan hendaklah berasaskan keikhlasan kerana Allah S.W.T sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran dari surah Al-Bayyinah ayat 5 :
Begitu juga hadis Nabi ada menyebutkan :
” إنّ الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه قيل: وما إتقانه يا رسول الله ؟ قال : يخلصه من الرياء والبدعة.
“Sesungguhnya Allah suka apabila kamu melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Lalu Baginda ditanya, apakah kesempurnaanya wahai Rasulullah?Baginda menjawab bahawa kesempurnaan itu ialah menjauhkan hati dari riyak dan bid’ah”
Jika kita kaitkan dalil ini dengan peperiksaan, maka didapati bahawa rata-rata murid belajar dengan tujuan untuk lulus peperiksaan. Tujuan menuntut ilmu ikhlas kerana Allah S.W.T berada di tempat kedua. Ini dikira sebagai terbalik dan terkeliru. Sebagai penjelasan: Bagaimana dikatakan belajar ikhlas kerana Allah? Belajar merupakan satu tuntutan agama seperti digambarkan oleh surah Al-Asr bererti :“bacalah…” yang membawa maksud wajib baca atau belajar. Hukum wajib menyebabkan kita mesti melaksanakannya, jika ditinggalkan akan menyebabkan dosa.
Sebagai langkah yang betul ialah tanamkan dalam minda murid bahawa belajar itu tuntutan Allah yang wajib dilaksanakan, barulah murid akan belajar bersungguh-sungguh tanpa memikirkan soal peperiksaan. Kesannya murid akan belajar dari A-Z tajuk setiap pelajaran kerana dia faham bahawa belajar itu satu kewajipan yang akan beroleh pahala. Datangkanlah apa jua bentuk soalan, pasti murid akan menjawab dengan penuh cemerlang.
Secara langsung tidak akan menyebabkan guru dan murid terkial-kial telefon ke sana sini, soalan sport sana sini hatta lima minit lagi nak menduduki ujian pun masih ada calling sana calling sini. Untuk apa jika bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata?!

Hatta sehinggakan para pelajar sanggup menipu diri sendiri dengan meniru ketika peperiksaan. Apabila selesai sahaja peperiksaan, maka pelajar akan terus meninggalkan buku dari dibaca mahupun disentuh. Adakah ini adab menuntut ilmu yang sebenarnya??? Masyarakat juga terlalu sibuk menghitung bilangan 'A'. Mana-mana pelajar yang memperoleh banyak 'A' dianggap pandai, bijak dan sebagainya. Namun hakikatnya, masih banyak ilmu yang belum dikuasai oleh pelajar tersebut.
Kesimpulannya: Apa gunanya kalau cemerlang sekadar pada hari peperiksaan...
"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang berkekalan" 

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -