- Back to Home »
- PERANAN SOLAT KEPADA INDIVIDU KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
Posted by : أمير الشفيق
Monday, September 9, 2019
PENDAHULUAN
Tiap-tiap manusia yang beragama adalah mengamalkan penyembahan, ada yang menyembah alam semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, batu dan sebagainya. Mereka menyembah benda-benda tersebut adalah sebagai tanda berterima kasih keranapermohonan mereka di kabulkan atau memohon di hindarkan dari malapetaka serta apa yang mereka takutkan kerana sesuatu itu lebih berkuasa daripadanya. Penyembahan ini adalah didorong oleh iblis laknatullah. Oleh yang demikian, manusia yang lalai dengan perintah Tuhan terutamanya solat akan mudah terpengaruh denga hasutan dan tipu daya syaitan. Hal ini adalah kerana solat merupakan pokok segala perkara dalam Islam. Dalam Islam, sembahyang adalah salah satu dari rukun Islam yang lima, yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim mengikut syarat rukun yang tertentu. Sembahyang adalah merupakan komunikasi atau hubungan langsung di antara seseorang hamba dengan ALLAH S.W.T dan menjadi tiang agama. Kita beruntung dipilih menjadi orang Islam kerana kita mendapat penjagaan khusus daripada Allah swt dan boleh meminta terus kepada-Nya dengan adanya ibadat solat. Solat adalah satu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t sebanyak lima kali sehari semalam ke atas setiap orang Islam yang mukallaf tanpa diuzurkan kepadanya, selagi akalnya masih sempurna, sekali pun dia berada dalam peperangan atau dalam pelayaran atau pun dia sakit tenat. Oleh itu, kalau kita tak mampu solat berdiri, dibolehkan bagi kita untuk solat secara duduk. Andainya kita tidak mampu duduk, kita boleh solat dengan berbaring mengiring. Sekiranya tidak mampu juga berbuat demikian, maka dibolehkan bagi kita bersolat dalam keadaan bertelentang. Kalau masih juga tidak mampu, maka hendaklah kita bersembahyang dengan berisyaratkan perbuatan solatnya dengan kelopak matanya. Andainya masih tidak mampu juga, hendaklah kita bersembahyang di dalam hati. Begitulah betapa beratnya ibadah solat ini kepada kita sebagai umat Islam.
Tiap-tiap manusia yang beragama adalah mengamalkan penyembahan, ada yang menyembah alam semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, batu dan sebagainya. Mereka menyembah benda-benda tersebut adalah sebagai tanda berterima kasih keranapermohonan mereka di kabulkan atau memohon di hindarkan dari malapetaka serta apa yang mereka takutkan kerana sesuatu itu lebih berkuasa daripadanya. Penyembahan ini adalah didorong oleh iblis laknatullah. Oleh yang demikian, manusia yang lalai dengan perintah Tuhan terutamanya solat akan mudah terpengaruh denga hasutan dan tipu daya syaitan. Hal ini adalah kerana solat merupakan pokok segala perkara dalam Islam. Dalam Islam, sembahyang adalah salah satu dari rukun Islam yang lima, yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim mengikut syarat rukun yang tertentu. Sembahyang adalah merupakan komunikasi atau hubungan langsung di antara seseorang hamba dengan ALLAH S.W.T dan menjadi tiang agama. Kita beruntung dipilih menjadi orang Islam kerana kita mendapat penjagaan khusus daripada Allah swt dan boleh meminta terus kepada-Nya dengan adanya ibadat solat. Solat adalah satu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t sebanyak lima kali sehari semalam ke atas setiap orang Islam yang mukallaf tanpa diuzurkan kepadanya, selagi akalnya masih sempurna, sekali pun dia berada dalam peperangan atau dalam pelayaran atau pun dia sakit tenat. Oleh itu, kalau kita tak mampu solat berdiri, dibolehkan bagi kita untuk solat secara duduk. Andainya kita tidak mampu duduk, kita boleh solat dengan berbaring mengiring. Sekiranya tidak mampu juga berbuat demikian, maka dibolehkan bagi kita bersolat dalam keadaan bertelentang. Kalau masih juga tidak mampu, maka hendaklah kita bersembahyang dengan berisyaratkan perbuatan solatnya dengan kelopak matanya. Andainya masih tidak mampu juga, hendaklah kita bersembahyang di dalam hati. Begitulah betapa beratnya ibadah solat ini kepada kita sebagai umat Islam.
PENGERTIAN DAN
SEJARAH SOLAT (SEMBAHYANG)
Perkataan ‘ SEMBAHYANG’ adalah terdiri dari dua kalimah, iaitu
yang pertama ‘SEMBAH’ yang membawa maksud tunduk dan patuh . Manakala kalimah
kedua ‘YANG’. Perkataan “YANG” mengikut istilah Bahasa Sanskrit ialah TUHAN.
Maka jika dicantumkan kedua-dua kalimah tersebut, jadilah “SEMBAHYANG” yang
bererti ‘Tunduk Dan Patuh Kepada Tuhan’.
SOLAT PADA
BAHASA
Erti sembahyang pada bahasa ialah DOA, kerana segala perbuatan dan perkataan adalah menggambarkan doa.
Erti sembahyang pada bahasa ialah DOA, kerana segala perbuatan dan perkataan adalah menggambarkan doa.
SOLAT
MENURUT SYARAK
Erti sembahyang pada Syara’ pula ialah beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang di mulai dengan Takbiratul-Ihram dan disudahi dengan salam beserta dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.
Erti sembahyang pada Syara’ pula ialah beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang di mulai dengan Takbiratul-Ihram dan disudahi dengan salam beserta dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.
SEJARAH SOLAT
Permulaan
sembahyang
Sembahyang
fardhu 5 waktu sehari semalam telah diterima sendiri oleh Rasulullah S.A.W pada
malam Isra’ dan Mikraj bersamaan dengan 27 Rejab, iaitu setahun sebelum Nabi
Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah. Perintah ini tanpa melalui perantaraan
Malaikat Jibril A.S. Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia
pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda
keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya
ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh
telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i)
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii)
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala
Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail
a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi
Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i)
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii)
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii)
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv)
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.
ASAR
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi
Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i)
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat
kedua: Kelam dengan air laut.
iii)
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv)
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu
itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga
rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i)
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii)
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii)
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu,
Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam
dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat
rakaat sebagai tanda bersyukur.
i)
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat
kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii)
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv)
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
DALIL
WAJIB SOLAT
Allah S.W.T telah
memerintahkan ( mewajibkan ) solat 5 waktu kepada Rasulullah S.A.W dan
umat-umatnya yang telah akil baligh. Firman Allah S.W.T di dalam surah
An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah
ketetapan ( wajib ) ke atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang
telah ditetapkan” Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat cara aku sembahyang”.
DALIL WAJIB SOLAT MENURUT
AL-QURAN DAN HADIS
Berfirman Allah
swt :
·
“Dan
dirikanlah olehmu akan solat berikanlah olehmu akan zakat dan rukuklah kamu
berserta orang-orang yang rukuk.” (AL BAQARAH : 43)
·
“Dan
dirikan olehmu akan solat, kerana sesungguhnya solat itu menghalangi kamu dari
fahsya (kejahatan) dan dari mungkar (pekerjaan yang buruk keji).” (AL ANKABUT :
45)
·
“Pelihara
baik-baik olehmu akan segala solat dan solat wustha (solat yang paling baik)
dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah (hal keadaan kamu) kekal dalam khusyuk.”
(AL BAQARAH : 238)
·
“Maka
apabila kamu telah jauh dari kesulitan, atau telah tenang tenteram dirikanlah
solat, kerana sesungguhnya solat itu fardhu yang telah diwaktu-waktukan atas
segala orang yang beriman.” (AN NISA' : 102)
Ayat-ayat Allah
swt yang suci ini memerintahkan kita para umat mendirikan solat; menyuruh kita
mengerjakan solat bersama-sama, berkaum-kaum; menyatakan bahawa solat itu
menghalangi kita dari fahsya’ dan mungkar; memerintahkan kita memelihara solat
dengan secara yang paling sempurna, paling baik; menyuruh kita menegakkan solat
di waktu-waktu yang telah ditentukan.
Ayat-ayat ini
dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi :
mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah
yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat;
mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR
Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)
Hadis ini
menerangkan bahawasanya solat adalah rukun atau sendi Islam yang terpenting.
Orang yang hendak mendirikan pembinaan Islam, wajib mendirikan tiang-tiang
tonggak ini. Jika tiang-tiang tonggak yang penting ini tidak didirikan,
pembinaan Islamnya tidak dapat berdiri dalam erti yang sebenarnya.
JENIS-JENIS SOLAT
Solat terbahagi
secara umumnya kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat sunat.
Solat Juma‘at juga merupakan salah satu solat fardhu tetapi ia disyari‘atkan
bagi menggantikan solat Zuhur kepada golongan tertentu. Solat fardhu juga
kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk
fleksibel. Sementara solat sunat nafilah mempunyai banyak jenis dan bentuknya.
SOLAT FARDHU
Bentuk Solat
Fardhu
Solat fardhu
mempunyai beberapa bentuk ketika hendak melakukannya, iaitu:
1. Solat
Berjama‘ah.
2. Solat Juma‘at.
3. Solat Musafir.
4. Solat Khauf.
SEMBAHYANG
BERJAMA‘AH
Sembahyang berjama‘ah
bermaksud menggabungkan sembahyang ma’mum dengan sembahyang imam. Jama‘ah
terhasil dengan bilangan dua orang atau lebih. Hukumnya adalah fardhu kifayah
kecuali sembahyang Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan
penduduk dalam sesebuah tempat atau kawasan. Namun demikian, terdapat beberapa
keuzuran yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi
mendirikan sembahyang berjama‘ah.
SEMBAHYANG JUMA‘AT
Sembahyang Juma‘at
telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam juga menegaskan dengan sabdanya:
“Sembahyang Juma‘at adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang
Islam.”
SEMBAHYANG ORANG
YANG BERMUSAFIR
Bermusafir adalah
suatu yang berbentuk azab. Disebabkan musafir, manusia kehilangan
perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah subhanahu wata‘ala
telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam sembahyang seperti
berikut:
1. Memendekkan
bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.
2. Menghimpunkan
dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.
SEMBAHYANG KHAWF
(KETIKA TAKUT)
Sembahyang khawf
ialah sembahyang fardhu yang didirikan ketika berlaku peperangan. Ia istimewa
daripada sembahyang lain disebabkan beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan
terutamanya ketika berjama‘ah.
Sembahyang khawf
mempunyai dua keadaan berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:
1. Keadaan
berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.
2. Ketika
peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.
SOLAT-SOLAT SUNAT
Terdapat pelbagai
jenis solat sunat yang dapat kita amlkan dalam kehidupan harian kita. Antaranya
ialah:
Ø Solat Sunnat Tahiyatul Masjid
Ø Solat Sunat Dhuha
Ø Solat Istikharah
Ø Solat Sunnat Awwabin
Ø Solat Sunnat Tahajjud
Ø Solat Sunat Hajat
Ø Solat Tasbih
Ø Solat Sunat Witir
Solat Sunnat
Tahiyatul Masjid
Dari Abu Qatadah
r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya
salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di
dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)
Solat Sunat Dhuha
Waktu
mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan
dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat
dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"
Solat
Istikharah
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.
Solat Sunnat
Awwabin
Dilakukan
selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya', didahului dengan 2 rakaat sunnat
Maghrib dan 2 rakaat sunnat Awwabin, dan 2 rakaat lagi sunnat Awwabin (jumlah 6
rakaat). Sedangkan fadhilah sembahyang sunat 6 rakaat setelah sembahyang
maghrib dengan tidak ada bicara di antaranya sama dengan beribadah 12 tahun.
Solat Sunnat
Tahajjud
Jumlah rakaat
solat tidak ada ketentuan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat
Solat Sunat Hajat
HR Turmuzi dan Ibn
Majah.
Imam Ahmad
meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua
rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat
ataupun lambat."
Solat Tasbih
Jikalau
dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam.Bilangan
solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya
setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu
kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga,
satu kali dalam seumur hidup!
Solat Sunat Witir
Solat
Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir
(ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli
Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.
KEBAIKAN
SOLAT MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
Firman
Allah swt, maksudnya:
“Dan
dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika
yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal
kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah
ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin
mendapat peringatan.” (Hud : 114)
Kelebihan
Sembahyang Fardhu
Tiang
agama dan amalan pertama disoal
Rasulullah
saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia
menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa
yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur
dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..
Dari
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya
amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya
ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan
berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah
dia.
Kiranya
terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah
hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya
apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya
yang lain.”
Selamat
dari azab kubur
Orang
Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor
ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya
mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki,
matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.
Akan
muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah
menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.”
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak
hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian
dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari
Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu
Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari
Kiamat.
Maksud
Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya
seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api,
mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi
berat”.
Gugur
dosa
Dari
Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu
jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia
mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada
badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata
Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah
menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .
Juga
diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang
hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya
ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa
itu daripadanya.
Satu
hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun
gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari
pokoknya”
Abu
Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah
sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu
menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau
padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat
demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah
Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon
kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu
menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w
bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian
ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda
Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan
sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya
gugur seperti mana daun-daun ini gugur.
PERANAN
SOLAT KEPADA DIRI, MASYARAKAT, DAN NEGARA
INDIVIDU
Solat
bagi individu dapat memperoleh banyak manfaat antaranya seperti berikut:
1. Solat dapat
mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud :" Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah
perbuatan keji dan mungkar..."
2. Solat dapat
membersihkan manusia sama ada zahir dan batin. Dari segi zahir : sebelum
mendirikan solat diwajibkan berwudhuk untuk menyempurnakan solatnya disamping
pakaian, badan dan tempat solat yang bersih dan suci. Manakala batin :
solat yang dilakukan denga mengikut syarat dan rukunnya serta khusyuk akan
membersihkan dosa-dosa yang dilakukan selagi tidak dilakukan dosa besar.
3. Solat dapat
melatih diri menghargai masa dan mendisiplinkan waktu dalam setiap hal.
4. Menjadikan
seseorang itu taatkan perintah Allah s.w.t. dalam semua keadaan sama ada
terang-terangan mahu pun bersembunyi.
5. Membersihkan
diri seseorang itu daripada sifat-sifat tercela dan dosa. Dosa di sini adalah
dosa-dosa kecil kerana dosa besar mestilah dibersihkan dengan cara bertaubat
nasuha kepada Allah s.w.t.
6. Mendekatkan
diri seseorang itu kepada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t. sukakan orang
beribadat.
7. Menjadikan
seseorang itu bersikap al-raja' (penuh pengharapan) kepada Allah s.w.t. dan di
waktu yang sama ia khauf (penuh ketakutan) terhadap azab Allah s.w.t.
8. Melahirkan
individu yang berdisiplin, menepati waktu, bersabar, bermaruah dan sebagainya.
MASYARAKAT
1. Solat
berjemaah pula melatih umat supaya taat kepada pemimpin manakala pemimpin
(imam) pula wajib mengambil berat terhadap rakyatnya(makmum)
2. Solat
berjemaat dapat membentuk perpaduan, kasih sayang dan ukhwah sekaligus
berperanan membersihkan rasa dengki, iri hati dan permusuhan di kalangan
anggota masyarakat.
3. Mewujudkan
suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata. Permusuhan dan pertengkaran
sesama sendiri dapat dielakkan. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan
cepat dan mudah.
4. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta
mencintai antara satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda
menghormati yang tua.
5. Penurunan kadar jenayah dan segala
perbuatan salah laku. Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan
ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyibukkan diri mereka dengan
perkara yang salah.
NEGARA
1.
Negara
akan berada dalam keadaan ramai kerana mendapat keredhaan daripada Allah swt.
2.
Ekonomi
negara berkembang pesat apabila wujud rakyat yang berdisiplin hasil daripada
mengerjakan solat.
3.
Kedaulatan
negara stabil dan tidak mudah digugat oleh musuh kerana rakyat yang mempunyai
semangatjihad yang tinggi hasil didikan solat yang berkualiti.
4.
Segala
permasalahan negara dapat diselesaikan dengan baik kerana diberi jalan keluar
oleh Allah swt.
5.
Negara
dilimpahi kemakmuran dan keselesaan kepada rakyatnya.
REFLEKSI
Setelah saya
membuat beberapa penyelidikan tentang solat, terbukti ibadah solat adalah
ibadah yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada mereka yang mendirikannya.
Setelah saya mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang ada hubungan dengan
sembahyang, sama ada di segi lahir mahupun di segi batin, yang ada kaitannya
dengan jasmani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lain lagi,
setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa sembahyang itu
benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum lagi sesiapa yang Allah Taala
anugerahkan dia dapat benar-benar hayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu
dapat dijiwai, kita akan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati,
mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembahyang itu membangunkan
jiwa dan mental serta kita bermusafir dalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah
kita akan terasa benar bahawa sembahyang itu sungguh agung. Maka daripada
keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba
Allah yang benar-benar mendapat kejayaan seperti yang dijanjikan Allah swt di
dalam Al-quran. Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsa yang
agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akhlaknya, agung disiplinnya,
bersih kehidupan mereka daripada maksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan
agung kebudayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lain untuk
tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung ini telah dinaungi oleh
Allah Taala yang Maha Agung, kesan daripada didikan sembahyang yang agung itu.
PENUTUP
Pada zaman ini
keadaan umat yang tidak mengambil endah dan tidak memberi perhatian terhadap
agama sudah jelas dan tidak perlu diterangkan lagi. Bahkan solat pun sangat
dilalaikan dan diabaikan. Sedangkan solat merupakan suatu ibadat yang
terpenting dan disepakati oleh seluruh ulama bahawa selepas iman, solat
merupakan amalan yang lebih afdhal daripada seluruh ibadat-ibadat fardhu yang
lain dan solat juga merupakan amalan yang pertama sekali akan disoal pada hari
kiamat. Yang lebih menyedihkan lagi ialah tiada suatu suara pun yang kedengaran
untuk menarik perhatian umat ke arah agama dan tidak ada apa-apa bentuk dakwah
pun yang wujud. Berdasarkan pengalaman, saya terfikir untuk mengatasi masalah
ini satu usaha perlu dibuat supaya pesanan-pesanan Rasulullah saw dapat
disampaikan kepada orang ramai. Sungguhpun terdapat pelbagai masalah yang cuba
menghalang namun saya masih menaruh harapan dan yakin bahawa mereka yang
berfikiran bersih serta tidak menentang agama, InsyaAllah pasti akan terkesan
dengan sabdaan-sabdaan yang suci dan diharap juga mereka akan mendapat manfaat
daripada keberkatan baginda saw dan sabdaannya. Lantaran dorongan daripada
beberapa orang yang mukhlis serta harapan daripada kawan-kawan, menambah
keyakinan bahawa usaha ini akan membawa kejayaan. Marilah menuju kejayaan
dengan menunaikan perintah Allah swt.
RUJUKAN
Sheikh Abdul
Somad. Siar As-Salikin. Bahagian Pertama. Pattani, Thailand:Maktabah Al-halabi.
Sheikh Ahmad bin
Muhammad Zain Al-Fathani. Tanda-tanda Kemenangan dan Permulaan Kepada Kebaikan.
Drs Rosmawati Ali.
1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam
http://www.solah
.net.com
Post a Comment