Posted by : أمير الشفيق Friday, March 17, 2017

 



TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA PERASMIAN BILIK FROG VLE SJKT LADANG EDINBURGH, KEPONG PADA 16 MAC 2017
 
**Mohon perhatian
Beberapa pengumuman penting untuk makluman para hadirin yang dimuliakan.
Overview perjalanan majlis kita pada hari ini (TENTATIF)

Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diminta agar memastikan telefon bimbit anda berada dalam mod senyap atau mematikannya.

Apabila diumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Kamalanathan Panchanathan, diiringi Dif-dif jemputan, para hadirin diminta untuk berdiri. 
Kerjasama hadirin amatlah dihargai.

Mohon pemilik kenderaan berdaftar ______ untuk mengalihkan kenderaan anda kerana menganggu kelancaran laluan. Terima kasih. 


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Kamalanathan Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi dif-dif kehormat dan tetamu khas masuk ke dalam majlis. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Yang Berhormat Datuk dan hadirin sekalian
Majlis mempersilakan Cik Vino untuk menyanyikan Thevaram.

Semua hadirin diminta terus berdiri. Seterusnya, majlis menjemput  Pn Sri Vithya untuk menyanyikan Tamil Vaalthu. 

Yang Berhormat Datuk, tetamu khas dan semua hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahi rabbilalamin, wassolatuwasala mualaasrafil ambiaiwal mursalin, wa ala alihi wasahbihiajmain. Allahuma tuasir wala tuasir, allahuma faqihnafidin waalimnatakwil wahdina siratilmustaqim. Allahuma firlana zunubana wa ikhwanina lazina sabaquna biliman wala tajal fi qulubina qillalazi na amanu rabbana inaka raufurrahim. Wasollahu ala saidina muhammad waala alihi wasohbihi wassalam. Amma baq
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Berhormat Datuk Kamalanathan Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang berbahagia Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul

Yang berusaha Professor Datuk Dr. Rajendran Nagappan
Penyelia Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil, Jabatan Perdana Menteri

Yang Berbahagia Mrs. Elizabeth Lopez,
Client and Community Lead, Frog Asia

Yang Berbahagia Puan Theresa Ayyakkannu
Guru Besar SJKT Ladang Edinburgh
Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia,
Ketua-Ketua Jabatan,
Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan,
Pengetua-pengetua, guru-guru besar,
Lembaga Pengelola Sekolah,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Ladang Edinburgh,
Guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta 
Hadirin yang dimuliakan

Vanakam, Salam bahagia, salam Transformasi nasional 2050, salam Negaraku Malaysia,


எங்கள் வாழ்வும் எங்கள் வளமும் மங்காத தமிழெங்கும் சங்கே முழங்கு
மலேசிய தமிழ்ப்பள்ளிகளின் வரலாற்றில் ஒரு புதிய சரித்திரத்திரத்தை உருவாகியுள்ள  எடின்பரோ தமிழ்பள்ளியின் பெருமிதத்தில் பங்குகொள்ள எங்களோடு இணைந்திருக்கும் அனைவருக்கும் செந்தமிழ் வணகத்தைக் கூறுவதில் பெருமகிழ்ச்சியடைகின்றேன். இந்த நிகழ்வினை மேலும் சிறப்பிக்க இறுதிவரை எங்களோடு இணைந்திருக்குமாறு அன்புடன் கெட்டுக்கொள்கிறோம்.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan 1, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul. Terima kasih hadirin budiman, terima kasih kepada semua kerana memenuhi padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Edinburgh untuk sama-sama melakar satu catatan sejarah penting buat sekolah pada hari ini iaitu Majlis Perasmian Frog Classroom SJKT Ladang Edinburgh. Satu-satunya sekolah Tamil di Malaysia yang mempunyai Frog Classroom.

Yang Berhormat Datuk, Dato-dato, Datin-datin dan hadirin sekalian.
Seterusnya, majlis akan diserikan dengan mempersilakan pasukan tarian sekolah untuk mempersembahkan sebuah persembahan khas mereka. Marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh anak-anak dari SJKT Ladang Edinburgh.

நிகழ்வின் முதல் அங்கம் பாரம்பரிய நடனம்.இந்த பாரம்பரிய நடனத்தைப் படைக்க நமது பள்ளியின் செல்லக் குழந்தைகளை அன்புடன் அழக்கின்றோம்.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin, persembahan hebat yang sama-sama kita saksikan tadi merupakan hasil bimbingan Cik Devapriya dan Pn Jayanti, guru SJKT Ladang Edinburgh.

நடனம் வழங்கிச்சென்ற மாணவர்களுக்கு நன்றி.

Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan
Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Frog Classroom, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Pn Theresa Ayyakkannu Guru Besar SJKT Ladang Edinburgh untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

தொடர்ந்து வரவேற்புரை நிகழ்த்த நமது பள்ளியின் தலைமையாசிரியர் திருமதி தெரேசா அவர்களை அன்புடன் அழைக்கின்றோம்.
**(Ucapan Guru Besar)**
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Theresa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

தமக்கே உரிய பானியில் பள்ளியின் சிறப்புகளை அடுக்கிச் சென்ற தலைமையாசிரியர் அவர்களுக்கு நன்றி.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang berbahagia Tuan Haji Juahir bin Mondakir, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. 

Majlis mempersilakan En Ravi, Penolong Kanan HEM SJKT Ladang Edinburgh untuk mengalungkan bunga malai kepada Tuan Haji Juahir bin Mondakir.

அடுத்து கூட்டரசு வளாக கல்வி இலாகாவின் இயக்குனர் மாண்புமிகு Tuan Haji Juahir bin Mondakir அவர்கள் உரையாற்றுவார். அதற்கு முன்பதாக நமது இயக்குனருக்குச் சிறப்பு செய்து நினைவுச் சின்னத்தை எடுத்து வழங்க திருமதி திரேசா அவர்களை அன்புடன் அழக்கின்றோம்.
DATO அவர்களுக்குப் பொன்னாடை போர்த்தி மாலை அணிவிக்க திருமதி திரேசா அவர்களை அன்புடன் அழைக்கின்றோம்.

**(Ucapan Timbalan Pengarah PPW Sentul)**
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

உரையாற்றிச் சென்ற கூட்டரசு வளாக கல்வி இலாகாவின் இயக்குனருக்கு நன்றி.

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,
Daripada Yang Berbahagia Tuan Haji insan budiman,
Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat tidak dilupakan.

Yang Berhormat Datuk, Dato-dato, Datin-datin dan hadirin sekalian.
Seterusnya, majlis akan diserikan dengan persembahan khas cup stacking. Marilah kita sama-sama melihat ketangkasan kedua-dua tangan dan kordinasi mata anak-anak SJKT Ladang Edinburgh bermain permainan ini. Cup Stacking kebiasannya dimainkan di SJK Cina. Hadirin sekalian, murid SJKT Ladang Edinburgh, iaitu Divyia Tarania pernah mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

எடின்பரோ தமிழ்ப்பள்ளியின் சிறப்பு விளையாட்டான cups staking எனும் விளையாட்டை சிறப்பு பிரமுகரின்  முன் படைப்பதில் பெருமையடைகின்றோம். இந்த விளையாட்டு தற்போது சீனப்பள்ளிகளில் மட்டுமே விளையாடப்பட்டு அனைத்துல ரீதியில் சாதனைப்படைத்துக் கொண்டுள்ளனர். 

இன்றொ எடின்பரோ மாணவர்களும் இந்த விளையாட்டில் சளைத்தவர்கள் அல்ல என்பதை சென்ற ஆண்டு சீனப்பள்ளிகளுடனான போட்டியில் பங்கேற்ற மாணவி திவ்ய தாரணியா நிரூபித்துள்ளார். இன்னும் பல சாதனைகளைப் இப்போட்டியில் மாணவர்கள் படைப்பார்கள் என்பதே எங்களுடைய கனவு. இப்படை தோற்கின் எப்படை வெல்லும். 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin, persembahan hebat yang sama-sama kita saksikan tadi merupakan hasil bimbingan Cik Salini dan Cik Noka, guru SJKT Ladang Edinburgh. Sekolah ini merupakan sekolah tamil pertama yang mempunyai permainan ini dan menyertai pelbagai pertandingan dan acara jemputan.


Yang Amat Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan 1
Tuan ibarat pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh
Ibarat sekaki payung
Tempat kami berlindung
Ibarat rumah Gadang
Tempat kami bermalam
Ibarat lampu pelita
Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong Transformasi Nasional 2050 dan wawasan 1 Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta

Meneruskan agenda kita pada petang yang mulia ini, Majlis dengan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato P. Kamalanthan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmiaan Frog Classroom. 

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. 
Majlis mempersilakan Tuan Haji Juahir bin Mondakir, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul untuk mengalungkan bunga malai kepada Yang Berbahagia Datuk P. Kamalanthan.

மாபெரும் சபையினில் நீ நடந்தால் உமக்கு மாலைகள் விழவேண்டும், ஒரு மாற்றுக்குறையாத தலைவன் இவரென்று போர்றிப் புகழ வேண்டும்..என்ற பாடல் வரிகளுக்கு ஏற்ப நமது இந்திய சமூதாயத்திற்கு மட்டுமின்றி மலேசிய மண்ணின் எல்லா இனத்தவ்ருக்கும் பாகுபாடின்றி சேவையாற்றும் நமது மாண்புமிகு அவ்வர்களின் வருகை இன்று எடின்பரோ தமிழ்ப்பள்ளியைப் பொறுத்தமட்டில் ஒரு வரலாற்று நிகழ்வாகவே பதிக்கப்படும்.தமது பல்வேறு பணிகளுக்கிடையில் மலேசியாவில் முதல் தமிழ்ப்பள்ளிக்கூடத்திற்கு கிடைத்துள்ள இந்த அங்கீகாரத்தில் இணைந்துள்ள மாண்புமிகு Yang Berbahagia Dato P. Kamalanthan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia அவர்களை திரப்புரையாற்றி எடின்பரோ தமிழ்ப்பள்ளியின் மெய்நிகர் வகுப்பறையை அதிகாரப்பூர்வமாக திறந்துவைக்க அன்போடு அழக்கின்றோம். அதற்கு முன்பு மாண்புமிகு அவர்களை எடின்பரோ தமிழ்ப்பள்ளியின் அன்புக்குள் சிறை வைக்க பொன்னாடை போர்த்தி மாலை அணிவித்து மரியாதை செலுத்தப்படும்.இதை ஏற்று நடத்த எடின்பரோ தமிழ்ப்பள்ளி சார்பாக செந்தூல் மாவட்ட கல்வி அலுவலகத்தின் துணை இயக்குனர் ____________________ அவர்களை அழக்கின்றோம்.
**(Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan 1)**

Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Juahir Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul dan Yang berbahagia Pn Theresa Ayakkannu serta tetamu-tetamu kehormat untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ P. Kamalanthan bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Frog Classroom SJKT Ladang Edinburgh.
**(Upacara Memecah Ais oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1)**

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanthan atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Frog Classroom sebentar tadi.
மாவட்ட கல்வி அலுவலகத்தின் துணை இயக்குனர் அவர்களுக்கு நன்றி.

Untuk makluman hadirin sekalian, Frog Classroom SJKT Ladang Edinburgh merupakan Frog Classroom pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh Malaysia. 


Hadirin yang dimuliakan, 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan atas kesudian berkunjung ke SJKT Ladang Edinburgh untuk bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian Frog Classroom

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Majlis Perasmian Frog Classroom

Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata, Nandri, Assalamualaikum wbt dan Salam Negaraku Malaysia, Sekian wbt

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk, Timbalan Menteri Pendidikan 1 ke Frog Classroom dan seterusnya ke majlis jamuan petang yang telah disediakan. Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati santapan petang yang telah disediakan. Selamat menjamu selera 

***

CaTaTanKu

ChaT BoX

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -