Posted by : أمير الشفيق Thursday, November 22, 2012


Alangkah nikmatnya kita... dengan pelbagai kemudahan kecanggihan teknologi masa kini yang kian hebat dicipta manusia demi memenuhi nafsu keseronokkan manusia...

Maka, jangan dilupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini dengan nur Islam... Jadikanlah kecanggihan alatan moden ini sebagai wadah perjuagan untuk menyebarkan kesyumulan islam...

Namun, kita sebagai manusia lebih suka menggunakan sesuatu kemudahan yang diberikan sekadar untuk seronok-seronok mahupun melakukan kepada perkara yang tidak berfaedah.
Sebagai seorang daie, kita harus memanfaatkan kecanggihan teknologi ini selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam contohnya dengan menghasilkan pelbagai video, fotografi, rekaan grafik, kartun mahupun permainan video yang dapat memberikan faedah dan manfaat.

Dahulunya, kita lebih bergantung kepada ceramah-ceramah di masjid atau surau, kini dengan adanya teknologi ini... kita dapat mengikuti majlis-majlis ilmu melalui blog, website atau laman sosial seperti Facebook. 

Maka, gunakanlah teknologi ini untuk manfaat mesej dakwah bersama dan mengajak kita untuk lebih takut (taqwa) kepada Allah sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al- Maidah ayat 44

Kesimpulannya, kita perlu menggunakan sebanyak mana kebaikan teknologi masa kini dalam usaha menembusi individu yang kurang berminat dengan jalan dakwah dan untuk menyebarkan Islam di atas muka bumi ini.



Mari manfaatkan media untuk DAKWAH... insyaallah boleh...

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -