Posted by : أمير الشفيق Wednesday, October 17, 2012


Firman Allah dalam Surah Al- Maidah ayat 44: ...Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);

Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur. Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja). Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati. Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)



Kadang2 tu hairan juga dengan media massa di Malaysia, asal malam Jumaat jee, pasti cerita-cerita hantu memenuhi ruangan..
Lagi best, siap bersiri-siri episodnye... Bukan setakat tu je, filem-filem boxoffice kat Malaysia nie pun sentiasa dipenuhi cite2 seram malah demi mengaut keuntungan, dicatalyst dengan komedi...

Kesian juga bila melihat mentaliti kita ini, dah tahu yg cite2 hantu tu semua lakonan, tapi masih percaya... anak2 kecil juga diterapkan dengan unsur2 seram untuk menghalang dari melakukan sesuatu yang dianggap kurang baik... Maka, impaknya... pabila dewasa, diri akan trauma dan takut terhadap perkara2 yang bukan2..

Media blog dan facebook juga tak lekang dengan penyebaran kisah-kisah hantu, gambar2 hantu dan video2 yang mempekena rakan-rakan lain secara keterlaluan dan menakut-nakutkan orang lain...

Andai si pelihat mempunyai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan dia trauma atau lemah semngat, andai Allah tarik nyawanya ketika melihat apa yang kita share... apa yg ingin kita jawab di padang mashyar kelak????


apa yg kita akan jawab pada Allah bila kita secara tidak langsung menyebabkan pelihat takut kepada perkara lain yang mana boleh membawa kita kepada mensyirikkan allah... renung2kan....

p/s : tenguk cite hantu takpe jangan jadi hantu dah ler... hehehe

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -