Posted by : أمير الشفيق Monday, June 11, 2012


Alhamdulillah, selesai jua perjuanganku selama hampir 2 minggu di MISI 2012...



Mukhayyam Intensif Kepimpinan Siswa-siswi Ikram 2012 (MISI'12) membuka tirainya pada 26 Mei 2012 dan berakhir pada 10 Jun 2012. Program ini diadakan di Sekolah Al-Amin, Gombak. Program MISI ini bertemakan 'Membina Generasi Kepimpinan'. Melalui progam MISI ini, pelbagai skill kemahiran diajar kepada kami selaku daie yang akan bergerak di lapangan IPTA/IPTS/IPG masing-masing. Di samping bertujuan melahirkan pemimpin yang unggul dan sentiasa ditarbiyah.
Antara barisan Fasilitator MISI '12, akhi Iqbal dan akhi Nuh

Bermain dulu sambil bertaaruf sesama ikhwah MISI '12. 
Dikendalikan oleh akhi Kapten Dhany Sarip


Saya juga dapat mempelajari cara memasak kari ayam dan kurma daging oleh Pak Cik Abi Amin. Pengalaman dan pengetahuan paling berharga ketika slot memasak niee. Selama ini hanya tahu makan jee... hehehe... 
Terima kasih juga buat sahabatku, Amir Hamzah yang banyak mencurahkan ilmu memasak. Walaupun masakan kita terlebih garam, terlebih gula ataupun nasi jadi bubur, mahupun kuih macam batu. Kita sapu makan juga... Itulah kenangan yang tidak mampu dibeli... :-p

 Ceramah Palestin oleh Ustazah Siti Ramlah dari Aqsa Syarif

Cukup menyayat hati pabila ditayangkan movie "Tears of Gaza". Membuatkan air mata ini tidak henti2 mengalir bak air terjun yang mengalir dari puncak ke lata. Sedih apabila melihat saudara seagama dilakukan sebegitu kejam oleh tentera2 Israel yang tidak berkeperimanusiaan...

Kena menjahit lee pulak...

Bab menjahit nie, memang aku lemah... Terus-terang aku katakan, selalu hantar kedai dan suruh emak ajee..  Kalau de rezeki lebih, kira baru lee... *Peace No War
Memang menjahit nie perlukan kesabaran tinggi dooo... Silap2 dengan jari2 pun dijahitnya.. Walaupun dah pernah diajar time Kemahiran Hidup dulu, aku memang tak reti menjahit.. 

Slot bersama Pak Cik Naha... Perkongsian yang amat menarik

Alhamdulillah, cuti semester nie terasa sangat bermakna...
Utk dunia kita 'imshu', utk akhirat kita 'saari3u' dan 'saabiqu'... :)




♥♥♥~~~~~~ MISI'12 akan ku rinduimu ~~~~~~♥♥♥

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -