- Back to Home »
- PISANG DAN HATI
Posted by : أمير الشفيق
Monday, March 26, 2012
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang
sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa
beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling
mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu
dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya,
setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling
banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana
sahaja kamu pergi selama seminggu.
Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula
berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan
marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg
berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu
berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan
sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari
selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi,
terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau
busuk. "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci
pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak
boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan
apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup
kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh
perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang
terbaik.
Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
Post a Comment