- Back to Home »
- Lepaskan Al-kitab tanpa syarat, hanya tertera ‘Untuk Kristian’
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kerajaan menggugurkan dua syarat pelepasan kesemua 35,100 naskhah Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri — dilihat sebagai keputusan menerima desakan agar tidak mengenakan sebarang syarat, jika tidak enggan menerima buku suci penganut Kristian dalam Bahasa Malaysia itu.
Sebaliknya, hanya cap “Untuk Kristian” (For Christianity) akan diletakkan berbanding tag dan nombor siri sebelum ini.
Langkah itu diumumkan sehari selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10. Tarikh pilihan raya akan diumumkan esok.
Daripada 35,100 naskhah yang ditahan itu, 30,000 tersadai di Pelabuhan Kuching manakala bakinya di Pelabuhan Klang.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.
Post a Comment