- Back to Home »
- PEMIKIRAN KRITIS
Posted by : أمير الشفيق
Saturday, January 22, 2011
DEFINASI
Pemikiran kritis ialah satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu. Ianya lebih kepada bersifat mengkritik. Orang yang mempunyai pemikiran kritis akan memberikan perhatian terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan sebelum memberikan pendapat mereka.
Mereka yang mempunyai pemikiran ini juga amat berhati2 di dalam membuat pilihan kerana mereka tidak mudah menerima bulat-bulat sesuatu perkara.. Biasanya org yang mempunyai pemikiran kritis agak pendiam..tetapi amat berbisa.
Definisi lain pemikiran kritis ialah merujuk kepada kelakuan minda bertindak balas terhadap apa yang didengar dan dibaca dengan menggunakan penilaian bersistem. Kelakuan ini memerlukan suatu set kemahiran dan sikap tertentu.
ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal.
Barat menjadikan asas berfikir Aristotle, Plato dan Socrates sebagai landasan mengembangkan ilmu dan kehidupan. Dalam tradisi orang-orang Islam pemikiran kritikal memang menjadi landasan dalam membuat sesuatu keputusan, tafsir dan takwil . Menafsir al- Quran dan hadis dilakukan secara kritikal supaya hasil pemikiran selari dengan kebenaran. Kebenaran dalam Islam merujuk kepada sumber naqliah atau sumber wahyu. Wahyu adalah autoriti atau wibawa yang tertinggi dalam memandu manusia berfikir supaya kebenaran yang diterima tidak saja zahir tetapi memberi makna yang hakiki.
Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya.
Pemikiran kritikal memandu berfikir secara teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu didapati tidak benar atau diolah dengan dangkal atau tidak berasaskan maklumat yang sahih dan jitu.
Sintesis Pemikiran Kritis
· Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri
· Berfikir menggunakan urutan dan hukum logik
· Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
· Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan
“…seseorang yang suka bertanya adalah seorang yang suka berfikir” (Aristotle)
Post a Comment