Posted by : أمير الشفيق Wednesday, December 29, 2010


Ayam mati lemas sebelum disembelih???

Sembelih tidak sempurna dan lemaskan ayam selama 10 minit dalam air, merupakan kaedah sembelihan yang digunakan oleh sebuah pusat sembelihan di Batu 13 1/2 Jalan Kuching Serian di sini dan cara operasi tersebut telah mengecewakan pihak Majlis Islam Sarawak yang membuat satu operasi bersepadu pusat sembelihan ayam di Kuching tengah malam tadi.

Operasi yang turut disertai Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Putit Matzen itu telah bertindak untuk mengantung serta merta sijil halal yang telah dikeluarkan kepada pusat sembelihan terbabit selama sebulan.

Putit berkata pemegang sijil halal bertanggungjawab dalam memastikan setiap operasi pemprosesan makanan termasuk penyembelihan mematuhi standard yang telah ditetapkan JAIS.

“Kalau cara sembelihan tidak sempurna walaupun daripada penyembelih yang diiktiraf Jais, ia tetap tidak sempurna dan begitu juga kalau ayam sengaja dilemaskan selama 10 minit, itu lebih daripada had,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Jawatankuasa Taknikal Persijilan Halal akan memastikan pusat sembelihan terbabit benar-benar telah mematuhi standard sembelihan yang telah ditetapkan sebelum mereka mendapat balik sijil tersebut.

Ada sembilan pusat sembelihan ayam segar beroperasi di Kuching.

Kira-kira 40 pegawai daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pasukan polis turut serta dalam operasi yang berakhir jam 3 pagi itu. -sarawakupdate

Gambar ehsan Bernama:







CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -