Posted by : أمير الشفيق Sunday, November 21, 2010


Remaja ini gugur syahid ketika berusia 16 tahun semasa pertempuran Badar. Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Saad Bin Abi Waqqas, “Pada hari pertempuran Badar,
Ar-Rasul menyuruh remaja ini kembali ke rumah kerana dia masih kecil. Remaja ini menangis sehingga akhirnya Rasul S.A.W. mengizinkannya untuk ikut bertempur.”


Ibnu Saad meriwayatkan daripada Saad, “Pada hari Badar aku lihat adikku yang
masih kecil sedang keluar dengan sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh Rasul kerana dia takut disuruh kembali ke rumah kerana masih kecil”. Tanya Saad : “Mengapa kamu keluar dengan sembunyi-sembunyi?” Jawab Remaja ini : “Aku takut terlihat oleh Nabi dan tidak dibolehkan ikut berjihad bersama baginda kerana aku masih kecil, padahal aku ingin sekali untuk syahid.”
Ketika remaja ini disuruh kembali ke rumah oleh Nabi, dia menangis meminta diizinkan ikut berjihad. Setelah Rasul S.A.W. memberikan izin kepadanya, maka
remaja ini berperang bersama Rasul sehingga gugur di medan tempur sebagai
syahid sedangkan umurnya baru 16 tahun. Remaja tersebut ialah Umair Abi Waqqas. 

CaTaTanKu

- Copyright © موربي كوتا ميتروڤوليتن -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -